Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Contact

Thursday, March 25, 2010

 

Politik Baru dan Kepercayaan Rakyat

Ringkasnya, politik baru adalah politik yang berorientasikan kekuatan informasi, kepelbagaian idea dan lontaran hujah.

Barack ObamaPasca pilihanraya ke-12 tahun 2008, antara ungkapan politik yang sering disebut dan diulang-ulang oleh para politikus, wakil rakyat, ahli akademik, pemimpin pendapat (opinion leaders) dan pemimpin masyarakat adalah; perubahan, harapan, rakyat sana, rakyat sini, me-rakyat-kan itu dan ini, politik baru, media baru, market-oriented politics, (pinjam istilah Tuan Nobisha), bottom-up politics dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Bak kata Perdana Menteri, era kerajaan tahu segalanya telah berakhir (The era of government knows best is over). Seperti mana buku tulisan pendokong kuat globalisasi Thomas Friedman, 'The World is Flat', sifat politik baru juga begitu.

Globalisasi tidak hanya tertumpu pada aspek ekonomi dan perdagangan semata-mata, tetapi juga melibatkan politik. Kita telah beralih ke zaman politik baru. Politik baru bermaksud pengurusan politik yang rata (flat).

Politik baru ini telah mengubah sistem politik lama daripada bersifat top-down atau multilevel kepada sistem yang rata. Dalam politik baru, suara dan pendapat pemimpin bawahan atau golongan minoriti diberi lebih perhatian.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan politik baru? Politik baru adalah politik berorientasikan informasi. Politik baru adalah politik tentang idea. Politik baru adalah politik hujah. Politik baru adalah politik bottom-up dan bersifat dua hala. Politik baru adalah politik memberi harapan (hope), bukannya menjual ketakutan (fear).

Politik baru adalah perang idea dan hujah (Information Warfare). Dalam politik baru, hujah siapa yang lebih kuat, dia menang. Bukan sekadar hujah siapa semata-mata, tetapi hujah siapa yang lebih banyak, dia menang. Dalam politik baru, rakyat lebih bijak memilih informasi. Rakyat memilih dan menentukan sendiri apa yang hendak dipercaya dan apa yang tidak mahu dipercayai.

Dalam politik baru, isu atau persoalan pokoknya bukanlah di antara betul atau salah. Tetapi kebenaran siapa yang hendak dipercaya? (The question is not only 'is it true?' but 'whose truth is it?)

Sebagai contoh, pendokong-pendokong Reformasi akan tetap tidak percaya bahawa Pemimpin Agung mereka terlibat dalam skandal seks luar tabii, dalam pada masa sama mereka percaya bahawa Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan seorang model keturunan Mongol. Begitu jugalah sebaliknya dalam hal penyokong-penyokong parti pemerintah.

Politik baru juga adalah politik berasaskan teknologi. Makna kata, siapa yang lebih menggunakan teknologi (Internet dan media baru) maka merekalah yang lebih menonjol. Frasa 'menggunakan teknologi' di sini bukan bererti dengan hanya mewujudkan akaun Blog, Facebook atau Twitter semata-mata, tetapi apa yang penting adalah partisipasi atau penyertaan.

Ramai yang terlupa bahawa walau sehebat mana pun sesuatu teknologi itu, media sosial umpamanya, ianya tidak lebih hanyalah alat komunikasi baru. Manusialah yang harus memberi nafas dan menggerakkan alat tersebut bagi mencapai sebarang matlamat politik. Teknologi Internet boleh diibaratkan dengan keris Melayu atau pedang Samurai, yang tentu sekali tidak ada makna jika ianya digunakan oleh peninju kickboxer Amerika ataupun ahli gusti Russia.

Justeru, mana-mana ahli politik yang tidak tahu atau tidak kenal arus perubahan yang sedang bergerak ini, maka ketinggalanlah mereka. Ringkasnya, politik baru adalah politik yang berorientasikan kekuatan informasi, kepelbagaian idea dan lontaran hujah.

Seterusnya, jika kita berbicara tentang politik baru, tentu sekali ada politik lama. Apakah jenis dan bentuk politicking yang sudah ketinggalan?

Salah satu contoh politik lama yang masih diamalkan dan dipercayai oleh sesetengah pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional ialah mempercayai bahawa hanya dengan bekerja, memberi khidmat masyarakat kepada rakyat, maka rakyat akan kembali menyokong. Ini adalah pandangan politik lama.

Suka tidak suka, kalau buat kerja rakyat tak nampak, tiada guna. Suka tidak suka, politik baru adalah politik nasional. Politik tempatan adalah politik nasional. Maka, siapa saja yang bermimpi atau sedang memasang angan-angan untuk menjadi calon pilihanraya negeri atau parlimen, maka anda harus tahu isu-isu nasional. Menjadi wakil rakyat seharusnya menjadi ahli politik, maka fokus kerja haruslah lebih berat kepada politik (bukan politicking), bukannya sebagai aktivis masyarakat, pegawai sosial ataupun seperti aktivis NGO.

Namun demikian, walaupun telah disebut politik baru itu berorientasikan informasi, idea, hujah dan teknologi, tetapi "unsur-unsur lama" seperti persepsi dan sentimen masih penting. Malah lebih daripada itu, ianya adalah modal terpenting buat propagandis politik.

Nah, di sinilah letaknya peranan kekuatan informasi, kepelbagaian idea dan hujah, kerana tahap kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sesuatu isu adalah bergantung kepada sejauh mana kuatnya idea dan hujah yang secara langsung atau tidak langsung membentuk dan mencorakkan persepsi masyarakat atau sentimen umum.

------------------------
Artikel blog ini diterbitkan buat pertama kali di ruangan 'Blog' Klik4Malaysia.com

Labels:


Monday, March 1, 2010

 

Lagi Cerita Lompat Parti


“Ya (akan ada yang akan keluar)... tolak kumpulan sosialis, tolak NGO, tolak kroni... anda kira sendiri, anda akan dapat jawapan,” kata beliau (Salehuddin Hashim) kepada wartawan. [baca lanjut]

Ok, bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat dah beri hint. Kalau apa beliau cakap tu betul, tak adalah susah sangat pun. Belia kata ada lebih kurang 10 orang akan lompat/keluar parti. Mari cari jawapannya.

Sekali lagi. Tolak sosialis, tolak NGO (dalam tv beliau sebut 'NGO liberal'), tolak kroni. Ini kemungkinan jawapannya. :D

Bakal Lompat?
Zulkifli Noordin - Kulim-Bandar Baharu
Azan Ismail - Indera Mahkota
Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Amran bin Ab Ghani - Tanah Merah
Ab Aziz Ab Kadir - Ketereh
Ahmad bin Kassim - Kuala Kedah
Rashid bin Din - Merbok
Zainal Abidin Ahmad - Hulu Selangor
Kamarul Bahrin Abbas - Teluk Kemang
Wee Choo Keong - Wangsa Maju

Dah lompat
Zahrain Hashim - Bayan Baru
Tan Tee Beng - Nibong Tebal

Baki Ahli Parlimen PKR
Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Azmin Ali - Gombak
Tian Chua - Batu
Fuziah Salleh - Kuantan
Saifuddin Nasution - Machang
Lee Boon Chye - Gopeng
Nurul Izzah - Lembah Pantai
Johari Abdul - Sungai Petani
Zuraida Kamaruddin - Ampang
Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Loh Gwo-Burne - Kelana Jaya
N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Khalid Ibrahim - Bandar Tun Razak
S.Manikavasagam - Kapar
R. Sivarasa - Subang
Yusmadi Yusof - Balik Pulau
William Leong - Selayang

Mungkin berita lama ini boleh beri sedikit jawapan. Lihat nama-nama yang menyokong Zulkifli dalam isu pergaduhan beliau dengan Sivarasa.
Zul Nordin and Sivarasa slug it out despite Anwar’s warning
...Also at Parliament on Tuesday were seven PKR MPS who defended Zulkifli, also denying that he was amongst those targeted by party Anwar in his speech on Sunday.

Datuk Zahrain Mohd Hashim (PKR-Bayan Baru), Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Datuk Kamarul Bahrin Abbas (PKR-Teluk Kemang), Abdullah Sani Abd Hamid (PKR-Kuala Langat), Mohd Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau), Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) and Adb Aziz Abd Kadir (PKR-Ketereh) issued a joint press statement refuting a statement by party vice-president R. Sivarasa (PKR-Subang).

The PKR MPs said that Anwar had made a general statement that was not targeted at anyone specifically.

“We took the advice by Anwar in good faith. It is wrong and improper to link it to anyone specifically.

“It is uncalled for to accuse Zulkifli,” said Zahrain. [TheStar]

Labels: ,


 

Politik oh Politik


Gambar hiasan

Politik dunia hari ini berbicara, berhujah dan berdebat tentang hal ehwal ekonomi global, soal perdagangan antarabangsa, soal inflasi, soal iklim dunia, isu polisi kesihatan, isu kemiskinan dan sebagainya.

Politik Malaysia? Sedih sekali. Isu politik hampas. Isu politikus lompat parti yang tiada sebarang makna walau sezarah pun pada rakyat kebanyakan, yang nampaknya tiada kesudahan. Semua politikus ini bukanlah individu-individu penting. Malah tidak lebih daripada sekadar political rejects saja, yang tak akan mampu memberi impak yang besar terhadap parti baru mereka mahupun parti lama. Mungkin sedikit kemenangan moral buat parti pemerintah.

Namun begitu, perkara ini bukanlah baru sangat pun sebenarnya. Suatu ketika dulu cerita lompat parti bukan main gah lagi dicanang ke hulu ke hilir oleh siapa lagi kalau bukan Ketua Umum sebuah parti pembangkang. Politik perang saraf dan politik bandwagon propaganda jadi senjata utama. 'Munitions of the mind', kata tajuk buku Profesor Dr. Phil Taylor.

Daya keterdesakan begitu hebat sehinggakan ketua strategis dan para propagandis parti sendiri sanggup temberang satu Malaya mati-mati, hidup-hidup dan bulat-bulat untuk berbulan-bulan lamanya sampailah pada malam sebelum tarikh keramat 'Hari Malaysia'. Bayangkan sehari sebelum "mimpi Putrajaya" pun masih boleh menipu lagi.

Hari ini, kira-kira 15 bulan selepas "tarikh keramat" tersebut, apakah mungkin senjata telah makan tuan?

Labels: ,


Archives

February 2010   March 2010   May 2010   August 2010   September 2010   November 2010   October 2011   September 2012   May 2013   June 2013   April 2015   November 2015  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009