tag:blogger.com,1999:blog-58541364098077482272024-03-20T11:59:26.043+08:00shahnon.com: Bahasa Jiwa BangsaShahnonhttp://www.blogger.com/profile/07604662577521839553noreply@blogger.comBlogger16125tag:blogger.com,1999:blog-5854136409807748227.post-37271213923195652552015-11-15T02:24:00.001+08:002015-11-15T02:24:18.314+08:00Quo Vadis Sastera Melayu Moden?
Sebelum era penerbitan buku "indie" yang merevolusikan pasaran penerbitan buku negara (2010 - kini) dan sebelum era populariti Penerbitan PTS dengan karya-karya Islamiknya seperti buku-buku Abdul Latip Talib; novel sastera Melayu moden (gambar) adalah "trend" pada tahun-tahun sekitar lewat 1990an - 2008.
Kalau dulu karya-karya pemenang anugerah seperti Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU), Hadiah Sako dan karya anugerah yang lainnya seperti Anugerah Sastera Darul Iman dsb amat berprestij dan judul-judulnya mudah didapati di kedai-kedai buku utama seperti MPH.
Antara pengarang tersohor pada zaman tersebut ialah Faisal Tehrani. Siapa yang tak kenal novel "1515" beliau yang memenangi anugerah HSKU 2002 (FT hari ini berbeza daripada dulu).
Malangnya hari ini prestij dan populariti anugerah sebegini semakin pudar. Penerbitan buku dan novel "indie" tidak salah, tetapi ia bukan pengganti kepada genre sastera Melayu moden.
Mana mungkin karya-karya indie yang tunggang-langgang berceramuk struktur penulisan dan bahasa, tatabahasa dan nilainya, mampu diangkat sebagai naskhah rujukan di sekolah.
Maka itu persoalannya, quo vadis?
[Nota gambar (antara beberapa koleksi peribadi):
1. Novel fiksyen "Enrique" adalah berdasarkan sejarah pelayaran Panglima Awang mengelilingi dunia sebagai hamba/pembantu kepada kapten Ferdinand Magellan (kononnya manusia pertama keliling dunia).
2. "Bumi Harapan" tentang kisah sejarah awal Islam di Terengganu.
3. "Bukan Legasi Lalang" ialah fiksyen berdasarkan kisah pembunuhan Jebat oleh Tuah.
4. "Kabut dan Bulan Sabit di Demak" tentang pengislaman tanah Jawa.
5. "1515" ialah fiksyen penentangan panglima Melaka yang bangkit melawan Portugis.
6. "1511H" ialah fiksyen perang futuristik-Islamik pada tahun 2087.]shahnonhttp://www.blogger.com/profile/06407992254802027380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5854136409807748227.post-1801764843495948902015-04-19T20:00:00.001+08:002015-04-19T20:14:04.522+08:00Politik Pop
Jika tahun 1960-an terkenal dengan muzik Pop Yeh Yeh, tahun 1990-an pula barangkali adalah dekad berkembang pesatnya penerbitan buku bergenre "politik pop".
Ringkasnya, penulis-penulis "politik pop" adalah golongan penulis yang bukan berlatarbelakangkan akademia. Nama-nama yang terkenal seperti S.H. Alattas (bukan Prof Alattas), Ahmad Lutfi Othman, Mohd Sayuti Omar dll.
Penerbitan buku sebegini makin rancak pada era pasca pemecatan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim pasa tahun 1998, sehinggakan ada antaranya yang bukan saja diulang cetak, tapi turut dicetak rompak.
Jika buku-buku akademik selalunya mempunyai grafik buku yang bosan dan tidak menarik, antara ciri penting buku-buku politik pop ialah tumpuan pada kulit buku. Isi mungkin tidak seberapa, tapi grafik dan sensasi tajuk kulit buku ialah antara modal pelaris utama.
Di abad ke-21, genre "buku politik pop" sudah mati. Internet, blog dan media sosial pembunuhnya.
(Pertama kali dimuatnaik di laman Instagram)
Hadirin sekalian,
Mungkin ada yang bertanya apakah makna “Rekonsiliasi” ini (atau dalam Bahasa Inggerisnya, “Reconciliation”?) Adakah ianya wujud dalam Bahasa Melayu? Jawapannya ya. Untuk makluman, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rekonsiliasi bermaksud “Perdamaian” atau “Perbaikan”.
Maka, bertepatan dengan MAKNA “Rekonsiliasi”, penganjuran seminar yang julung kalinya diadakan ini lahir daripada keinsafan dan kesedaran bahawa perpaduan kaum di negara ini adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi, sesuatu yang tidak boleh diambil ringan atau dipandang enteng. Malahan ia merupakan komponen teras yang MENDASARI segala aspek pembangunan ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan negara.
Justeru, sesuatu perlu dilakukan agar TERAS NEGARA ini – yakni perpaduan, keamanan dan keharmonian - tidak dirosakkan atau dimusnahkan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab. UiTM amnya dan CMIWS khasnya, merasa terpanggil untuk menerajui dan menganjurkan program ilmiah sebegini dalam usaha untuk memupuk dan merapatkan kembali jurang-jurang yang ada sejajar dengan tema "Rekonsiliasi Nasional".
Ini juga sejajar dengan hasrat Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak sendiri yang mahu mengembalikan usaha menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, terutamanya sekali setelah berakhirnya Pilihanraya Umum ke-13 yang paling sengit dalam sejarah; PRU yang juga disebut-sebut sebagai “Ibu Segala Pilihanraya”.
Cabaran perpaduan hari ini tidak sama seperti 10, 20 tahun dahulu atau pun 50 tahun dahulu. Cabaran yang wujud pada alaf baru ini makin getir dan mencabar. Ianya wujud dan hadir dalam pelbagai cirri dan bentuk. Cabaran globalisasi dan teknologi komunikasi baru seperti Internet dan rangkaian media sosial misalnya memberikan ruang kebebasan yang hampir mutlak di mana sesiapa saja mampu untuk menyuarakan sebarang pandangan pada bila-bila masa, di mana saja.
Justeru, barangkali suatu formula baru bersepadu REKONSILIASI NASIONAL wajar diusahakan dan direncanakan bagi memastikan matlamat dan tindakannya sesuai dan relevan dengan era teknologi maklumat dan kehendak golongan muda hari ini.
Inilah juga antara sebahagian daripada peranan kecil dan sumbangan kami di CMIWS dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian ke arah melahirkan masyarakat generasi baru yang yang lebih berilmu, matang dan progresif pemikirannya, terutamanya sekali dalam usaha untuk membantu kerajaan dalam mencapai misi dan visi Wawasan 2020, yang tinggal kurang daripada 7 tahun lagi.
Shahnonhttp://www.blogger.com/profile/07604662577521839553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5854136409807748227.post-73110186469345707472013-05-10T01:44:00.000+08:002013-05-10T01:52:18.007+08:00Sinar Harian - CyberSecurity: Keselamatan alam siber negara terkawalHasil daripada wawancara ringkas bersama wartawan Bernama 3 hari sebelum Pilihanraya Umum ke-13 2013. Terdapat sedikit salah tafsir daripada apa yang saya cakap dengan apa yang wartawan lapor. Baru faham sedikit sebanyak kenapa kadang-kadang ahli politik sentiasa menyalahkan pihak media atas alasan, "salah petik" atau "salah tafsir". Ha ha.
4 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Walaupun terdapat kebimbangan mengenai tahap keselamatan alam siber negara semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) ini, namun CyberSecurity Malaysia memberi jaminan ia berada di tahap terkawal.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Dr Aminuddin Abdul Wahab berkata pihak CyberSecurity, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa membuat pemantauan untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan di alam siber.
"Orang ramai tidak perlu risau atau cemas, mereka boleh membantu menjaga keamanan alam siber negara dengan mematuhi undang-undang negara ini terutamanya bagi individu dewasa ketika melayari Internet," kata beliau dalam kenyataan kepada Bernama di sini.
Antara tindakan pengguna yang boleh membantu menjaga keselamatan alam siber ialah dengan sentiasa menjaga etika ketika menggunakan e-mel dan laman media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan sebagainya.
“Fikir secara rasional, jangan bertindak ikut emosi dan jangan mudah percaya dengan sumber maklumat yang tidak sahih. Oleh itu, jangan ‘share’, ‘like’, atau ‘forward’ maklumat yang belum dipastikan kesahihannya kerana perbuatan tersebut seolah-olah menyebarkan fitnah,” jelas Aminuddin.
Sementara itu, pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Shahnon Mohamed Salleh berkata agak sukar untuk meramalkan sama ada akan berlaku serangan siber pada proses pengundian esok (5 Mei), namun kemungkinan serangan siber tidak hanya menyerang media sosial seperti Facebook dan Twitter tetapi juga e-mel.
"Objektif mereka melakukan serangan siber ini untuk 'melumpuhkan' sesuatu perisian bagi menyekat penyebaran maklumat supaya masyarakat tidak dapat memperoleh maklumat yang sebenar," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut beliau turut menjadi sasaran serangan siber adalah e-mel yang bertujuan untuk 'mencuri' maklumat daripada ahli-ahli politik yang menjadi sasaran utama.
Justeru, katanya, kawalan keselamatan yang ketat dan penguatkuasaan undang-undang adalah penting bagi memastikan isu itu dapat dikawal.
Pengguna Internet boleh melapor sebarang insiden keselamatan siber kepada Pusat Bantuan Cyber999 CyberSecurity secara atas talian melalui emel cyber999@cybersecurity.my <mailto:cyber999 cybersecurity.my=""> atau laman sesawang <http: online_form.html="" report_incidents="" www.mycert.org.my="">.
</http:></mailto:cyber999>
Sebagai alternatif, pengguna juga boleh menelefon hotline 1-300-88-2999 (waktu pejabat) atau +6019-2665850 (kecemasan - 24 jam), melalui pesanan ringkas dengan menaip <cyber999 report=""> <e-mel anda=""> <laporan aduan="" anda="" atau="">, dan hantar ke 15888 atau faks ke +603 8945 3442. - Bernama</laporan></e-mel></cyber999>
CyberSecurity: Keselamatan alam siber negara terkawal
Shahnonhttp://www.blogger.com/profile/07604662577521839553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5854136409807748227.post-79480898516498542362012-09-17T23:36:00.005+08:002012-09-17T23:45:37.874+08:00Berita Harian: Saluran TV ikut etnik lebarkan lagi polarisasi kaum Wartawan Berita Harian yang hadir ke Seminar Antarabangsa WCIT 2012 di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh, Perak pada 12 September 2012 lalu telah (tanpa saya sedari dan tanpa dimaklumkan) melaporkan pembentangan kertas kerja saya seperti berikut:
Percambahan saluran televisyen mengikut budaya dan etnik ketika ini, terutama menerusi stesen berbayar dikhuatiri akan menjarakkan lagi polarisasi kaum di negara ini.
Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shahnon Mohamed Salleh, berkata ia kerana penonton televisyen biasanya lebih berminat untuk menonton rancangan yang sesuai dengan budaya dan cara hidup masing-masing, sekali gus tidak mendedahkan mereka dengan budaya kaum lain. Beliau memberi contoh, pelajar yang belajar di sekolah jenis kebangsaan di peringkat rendah dan menengah serta menyambung pengajian di universiti di Taiwan dan China, manakala di rumah hanya menonton rancangan bersesuaian dengan bahasa, identiti dan cara hidupnya.
Justeru, mereka tidak ada interaksi dengan bahasa, budaya dan cara hidup kaum lain, katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pengasingan Budaya Dalam Rangkaian Televisyen dan Kesannya Terhadap Pemahaman Antara Budaya: Kajian Kes Terhadap Astro di WCIT 2012 di sini, semalam.
Shahnon berkata, kurang pemahaman memahami budaya kaum lain terutama dalam kalangan generasi baru boleh merencatkan usaha menyatukan pelbagai kaum dalam masyarakat majmuk.
Beliau bagaimanapun berkata, sukar untuk menyalahkan rangkaian televisyen semata-mata kerana pihak berkenaan sebagai agensi swasta berpaksi kepada komersial dan keuntungan iaitu menyediakan rancangan yang boleh menarik ramai penonton.
Berikutan itu, Shahnon menyarankan rangkaian televisyen menambahkan rancangan sama ada drama atau dokumentari yang lebih bersifat 'Malaysia', agar tidak terperangkap dengan kesilapan era British yang melakukan pengasingan kaum sehingga mengurangkan interaksi antara rakyat.
Berita Harian: Saluran TV ikut etnik lebarkan lagi polarisasi kaum
Terima kasih Berita Harian. :)Shahnonhttp://www.blogger.com/profile/07604662577521839553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5854136409807748227.post-69477639571670558672011-10-11T16:10:00.003+08:002011-10-11T16:15:27.561+08:00Pohon KomunikasiSekadar berkongsi. Berikut adalah petikan daripada teks ucapan Dekan yang telah saya sediakan sempena Syarahan Perdana Profesor Pelawat, Prof Dr Nina dari Universitas Padjajaran, Indonesia.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Dunia komunikasi hari ini berkembang dengan kadar yang amat pesat sekali. Sama ada secara langsung ataupun tidak, hal ini terjadi akibat daripada pesatnya perkembangan teknologi di dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan. Secara perbandingan, jika televisyen suatu ketika dulu mengambil masa 13 tahun untuk mencapai jumlah 50 juta penonton, Internet hanya memerlukan 4 tahun sahaja untuk mencecah 50 juta pengguna.
Namun begitu, kehadiran teknologi media baru ini tidaklah semuanya indah belaka. Cabaran dan masa depan dunia komunikasi sosial diramal menjadi lebih mencabar dengan kehadiran pentas komunikasi yang serba bebas seperti laman jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter misalnya. Walaupun terdapat banyak kebaikannya, tetapi ia juga mampu memberikan impak yang negatif jika medium itu disalahgunakan.
Dalam dunia akademik dan penyelidikan pula, sejak daripada awal hingga ke penghujung kurun ke-20, daripada Lippmann ke Lazarsfeld ke Lasswell dan lain-lain, kita dapati bahawa hampir ke semua penemuan-penemuan di dalam ilmu komunikasi telah dipelopori dan diterajui oleh para intelektual dan sarjanawan dari negara-negara Barat. Kita tidak menafikan sumbangan golongan intelektual ini malah kita menghargai sumbangan tokoh-tokoh tersebut, tetapi dalam pada masa yang sama, persoalan yang wajar ditanya ialah, sampai bila kita hanya ingin menjadi pengikut?
Mungkin sudah sampai masanya para intelektual di sebelah Timur amnya, dan intelektual-intelektual muda di negara kita khususnya, melihat dengan lebih jauh ke depan untuk menerajui penemuan-penemuan baru di dalam bidang komunikasi.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Syarahan Perdana yang dianjurkan oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media pada hari ini, yang akan disampaikan sebentar lagi oleh Prof Dr Nina adalah bertujuan untuk memberikan satu pandangan atau perspektif baru dalam ilmu dan falsafah komunikasi. Berbekalkan dengan pengamatan, penglibatan dan penyelidikan dalam ilmu komunikasi selama lebih 4 dekad, beliau akan merungkai dan membahas ilmu dan falsafah komunikasi daripada pecahan akar, dahan dan rantingnya, atau seperti mana yang beliau namakan, ’Pohon Komunikasi’.
Saya juga turut dimaklumkan bahawa antara kandungan terpenting di dalam pohon komunikasi itu yang akan dikongsi dengan lebih terperinci di dalam syarahan beliau ialah hubungkait antara ilmu komunikasi dengan ilmu-ilmu daripada disiplin sains; seperti sains tulen dan teknologi. Beliau juga akan menjelaskan dengan lebih mendalam bahawa sesungguhnya ilmu komunikasi itu sifatnya adalah berakar daripada ilmu-ilmu sains, seperti biologi, fizik, matematik dan sebagainya.
Maka, bagi tujuan mengisi dan berkongsi ruang ilmiah ini bersama warga akademik dan pelajar Pasca-Sarjana dan Sarjana UiTM, pihak Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM mengambil inisiatif untuk menganjurkan syarahan perdana ini yang antara lainnya akan membicarakan falsafah dan ilmu komunikasi atau pohon komunikasi menurut pengamatan dan penglibatan Prof Dr Nina.Shahnonhttp://www.blogger.com/profile/07604662577521839553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5854136409807748227.post-18562296929028958952010-11-16T23:28:00.004+08:002010-11-16T23:33:22.084+08:00The Social Network!Blog entri kali ini adalah satu cubaan untuk memenangi tiket percuma filem 'The Social Network'. Tak sabar nak menonton!
Ingin mengetahui bagaimana Facebook bermula? Filem ini menceritakan bagaimana, seorang mahasiswa Harvard dan genius dalam pengaturcaraan komputer, Mark Zuckerberg membina rangkaian sosial dunia yang merevolusikan komunikasi. Antara pelakon-pelakon terkenal adalah seperti JESSE EISENBERG, ANDREW GARFIELD, JUSTIN TIMBERLAKE, ARMIE HAMMER and JOSH PENCE, dan ramai lagi. Filem ini adalah berdasarkan sebuah buku bertajuk "The Accidental Billionaires" oleh Ben Mezrich.
Untuk keterangan lanjut mengenai filem ini dan bagaimana untuk mendapat tiket-tiket percuma, sila lawati Peraduan Blogger Filem "The Social Network".
Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 2 Disember 2010!
Terima kasih ManggaOnline!Shahnonhttp://www.blogger.com/profile/07604662577521839553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5854136409807748227.post-76835911539860144162010-09-15T04:49:00.005+08:002010-09-15T05:12:40.330+08:00Alamak gambar hilang!?
Achtung!
Pernahkah anda ter-delete secara sengaja atau tidak sengaja sebarang data-data seperti gambar (JPG, BMP, GIF, PNG), video (WMV, AVI, MP4, 3GP) atau muzik(.MP3, WMA, AIF, WAV, RA) daripada kamera digital/SLR ataupun telefon bimbit anda?
Sebelum saya mulakan tulisan ini saya telah ikuti beberapa penulisan pro dan kontra di laman-laman blog dan media sosial tentang isu ini, dan daripada pengamatan saya telah wujud dua jalur pemikiran yang kuat dalam isu ini yang membuatkan pandangan saya agak terasing daripada kumpulan A dan B.
Dua jalur pemikiran tersebut adalah; Pertama, kumpulan penyokong teori konspirasi Illuminati dalam iklan. Kedua, kumpulan yang membantah teori konspirasi dalam iklan tersebut.
Pandangan saya ringkas. Saya membantah iklan tersebut atas faktor-faktor pemahaman dan penggunaan metafora budaya yang salah lagi jahil. Tak ada kaitan apa pun dengan Illuminati ke Freemason ke apa. Penggunaan metafora adalah lazim dalam mana-mana iklan. Betul, tafsiran dan pemahaman sesebuah iklan itu adalah berbeza mengikut individu. Tetapi, penggunaan metafora dan simbol dalam "Sinari Lebaran" adalah jelas tak kena dalam menggambarkan agama Islam ataupun budaya Melayu-Muslim itu sendiri.
Secara umumnya apa yang dapat dilihat ialah cubaan mempelbagaikan agama dalam iklan Hari Raya tersebut. Sekejap macam Krismas, sekejap macam perayaan agama Buddha. Contohnya babak beca terbang - mirip kenderaan Santa Claus dan bunga teratai - simbol yang dekat dengan agama Hindu dan Buddha. Mungkin ada yang kata, apa salahnya? Jawapan saya, tak adakah simbol-simbol atau metafora lain yang lebih jelas unsur Islamiknya, setidakpun yang ada unsur Melayunya?
Apa rasionalnya Santa Claus dan kenderaannya itu hendak diMelayukan? Bersongkok berbaju Melayu, mengacau dodol, ini semua dah ok. Tapi bila babak kacau dodol dicampuraduk dengan bunga teratai yang bercahaya? Apa maknanya? Caca marba.
Kenapa bunga teratai bercahaya dan teratai mekar yang dipilih walhal ada banyak lagi simbol-simbol Islamik atau simbol keMelayuan yang boleh digunakan? Di mana logik dan rasionalnya bunga teratai mekar dan bercahaya itu sebagai metafora Islam atau Melayu? Yang jelas bunga teratai lebih sinonim dengan Hindu atau Buddha. Itu saja.
Mungkin ada yang kata kreativiti, tapi pada saya ia lebih kepada kurangnya fahaman tentang budaya. Atau mungkin pengarah iklan tersebut hendak meng-1Malaysia-kan iklan tersebut, tapi bila mana ia melibatkan soal kaum dan agama, tentu sekali ada batas-batas dan sensitiviti tertentu yang perlu difahami dan dihormati. Umpamanya, tidakkah pelik kalau ada simbol anak bulan atau tema kehijauan atau simbol ketupat dalam iklan Tahun Baru Cina? Tentu sekali pelik dan tak sesuai.
Dalam pada masa saya sama menolak teori-teori konspirasi Illuminati mengarut dicadangkan oleh seorang blogger. Oleh sebab blog Kalamul Haqq (aulakalimah.blogspot.com) dijadikan rujukan utama bagi pendokong teori Illuminati, maka tidak boleh tidak, saya terpanggil untuk membuat ulasan terhadap analisanya. Maaf, tetapi tafsiran dan analisa iklan "Sinari Lebaran" oleh Kalamul Haqq bagi saya adalah agak keterlaluan dan memalukan.
Umpamanya, buku dalam iklan tersebut dengan mudah disamakan dengan kitab Bible? Aduh.. Malam yang gelap - Islam mundur? Sangkar burung - simbol manusia yang terkurung dengan ajaran Islam?? Lelaki rambut putih pula dengan mudah disamakan dengan Pope, mentol sebagai simbol pencerahan/Iblis, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sebagai tapak Illuminati, dan lain-lain teori-teori dangkal dan lemah. Ini bagi saya tafsiran yang agak keterlaluan.
Kita tidak perlukan teori-teori yang sebegini untuk membantah iklan tersebut. Bercakap tentang teori konspirasi, teringat pula kepada Presiden MCA Dato' Seri Chua Soi Lek, yang pernah berkata "conspiracy theories sell well". Betul juga! :-)
Bagi saya apa yang silapnya ialah pihak produksi tidak peka atau ignorant dalam hal agama-budaya Muslim-Melayu. Ini samalah seperti kejahilan (yang sengaja atau tak sengaja) produksi filem Zoolander yang menggambarkan Perdana Menteri Malaysia sebagai bukan saja seorang berbangsa Cina tetapi memakai pakaian tradisional Cina (seperti Maharaja China). Memang kita boleh kata tak ada apalah sangat. Tapi nampaklah kebodohan pengarah dan penerbit filem itu. Kalau orang yang tak kenal Malaysia mungkin akan fikir negara Malaysia letaknya di China atau Taiwan.
Keduanya adalah tentang sikap masyarakat kita dalam berhadapan dengan sesuatu isu. Apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu khususnya, mengingatkan saya kepada kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah ketika beliau berucap di sebuah program di UiTM beberapa ketika dulu, yang mana beliau bersyarah tentang "penyakit allergic" atau pemikiran allergic di kalangan masyarakat.
Apa benda penyakit allergic ni? Beliau memberikan contoh bahawa masyarakat kita "seperti tidak boleh berfikir", atau belum boleh berfikir secara kritis. Kita terlalu cepat mengambil sikap A atau B. B atau A. Betul atau salah. Jalan atau undur. Itu saja. Walhal tidak semua perkara dalam dunia ini tertumpu kepada A dan B semata-mata. Inilah penyakit allergic menurut Dato' Saifuddin Abdullah - salah seorang intelektual yang masih wujud dalam parti UMNO kini.
Samalah halnya dalam kes iklan TV3 ini. Ramai antara kita membantah atau menyokong tanpa usul periksa atau penelitian mendalam. Maka hasilnya, kumpulan-kumpulan yang membantah iklan tersebut lebih tertarik dengan idea-idea Illuminati yang dibesar-besarkan. Dan reaksi balasnya, kumpulan satu lagi hanya menyokong/tidak membantah iklan tersebut bersandarkan hujah-hujah dangkal yang diberikan oleh kumpulan "pro-Illuminati" tanpa cuba memahami kenapa iklan tersebut dibantah dan ditarik semula siarannya.
Ok, artikel ini tak mempunyai penutup kerana penulis sudah kesuntukan masa.
Sekian.
Akhirnya, saya telah mengibarkan bendera Malaysia di rumah dengan tujuan untuk memenangi salah satu daripada 30 hadiah cabutan bertuah! Tapi sebelum menuduh saya tidak/kurang patriotik, jangan salahkan saya sebab Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang anjurkan kempen ini! :-)Shahnonhttp://www.blogger.com/profile/07604662577521839553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5854136409807748227.post-22701087551900511202010-05-06T22:27:00.005+08:002010-05-06T23:48:00.344+08:00Kemiskinan dan Pekerja AsingKerajinan dan kesungguhan para pekerja asing tak kira dari Indonesia, Bangladesh, India, Pakistan, Myanmar atau Vietnam mencari nafkah di bumi Malaysia adalah suatu perkara yang memang diketahui ramai. Umum tahu bahawa kebanyakan daripada pekerja atau buruh-buruh asing ini datang dengan bekerja di sektor-sektor yang tidak dipandang oleh kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu di sektor-sektor 3D (bukan animasi 3D); dirty, dangerous & difficult.
Walaupun demikian, mengetahui hal tersebut secara sekilas pandang tentu sekali tidak sama dengan mengetahui cara hidup dan rutin kehidupan mereka secara mendalam. Perkenalan secara tidak formal saya dengan beberapa pekerja asing dari Bangladesh dan Indonesia selama beberapa tahun telah memberikan kesedaran dan pengetahuan yang bermakna tentang cara hidup dan cabaran mereka di perantauan.
Tadi saya sempat ke kedai gunting rambut di kedai yang biasa saya kunjungi sejak dari zaman sekolah lagi. Tapi 'kunjungan' kali ini sedikit berbeza sebab tukang gunting itu pekerja baru. Kebetulan tukang gunting rambut itu peramah pula orangnya, bertanyakan saya itu dan ini. Mula-mula malas hendak layan sebab tak ada mood.
Sembang punya sembang tak sangka bahawa dia adalah warganegara India asal dari Chennai. Tak sempat nak tanya nama dia. Terkejut bercampur kagum juga sebab kepetahan bahasanya tak jauh beza dengan gaya sebutan dan percakapan kebanyakan kaum India Malaysia.
Lebih terkejut bila dia beritahu yang dia baru 8 bulan menginap di Malaysia! Lantas, saya tanya dia, berapa lama ambil masa belajar bahasa Melayu? Dia tak jawab terus, tapi katanya "bahasa Malay" senang saja. Tak susah. Dia belajar bahasa Melayu sesama rakan-rakan sekerja saja. Dia mungkin keliru sedikit dengan pertanyaan saya, sebab dia jawab yang dia tak pergi sekolah pun belajar cakap Melayu.
Katalah dia mengambil masa 8 bulan untuk belajar bahasa Melayu, saya kira kecekapan bahasanya mungkin jauh lebih baik daripada sesetengah rakyat Malaysia sendiri yang belajar bahasa Melayu di sekolah selama 11 tahun (6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun peringkat menengah).
Daripada hal bahasa, saya beralih cerita tentang pengalaman hidupnya di Malaysia. Dia berumur 22 tahun. Sudah 5 tahun bekerja sebagai tukang gunting! Katanya lagi, sejak umurnya 13 tahun dia sudah belajar menggunting rambut. Umur 15 tahun, dia sudah jadi 'pakar' gunting rambut. Tapi dia hanya mula bekerja sebagai penggunting rambut setelah tamat persekolahan.
Ini tidaklah menghairankan sangat sebab guru dia ialah bapanya sendiri. Bapanya mempunyai sebuah kedai gunting rambut di Chennai. Di situlah "sekolah gunting rambutnya" di mana dia dididik secara intensif selama lebih kurang 3 bulan oleh bapanya.
Tapi katanya upah gunting di sana terlalu murah. 80 sen satu kepala! Bayangkan, di Subang Jaya satu kepala saja RM10. Bayangkan.
"Kalau di Chennai, macam mana nak tanggung dua orang adik, mama, rumah lagi dan kos-kos lain." katanya.
Saya tanya dia, boss ada kasi cuti tak? Sebab saja saya ingin tahu layanan majikannya. Ringkas saja dia jawab; Buat apa mau cuti? Kerja lagi baik. Tapi dia jawab juga, boss bagi cuti sehari dalam 2 minggu. Majikannya turut menyediakan rumah sewa dan makan minum. Pendek kata, semuanya lengkap.
Saya tanya lagi, duduk di Chennai atau di Malaysia lebih bagus? Tanpa segan silu, dia jawab, tentu sekali Malaysia. Sebabnya mudah. Di Malaysia, lebih mudah cari makan. Gaji pula jauh lebih tinggi. Tambahnya lagi, di Malaysia gajinya RM850 sebulan. Hampir setiap boleh simpan RM600 untuk dihantar pulang setiap bulan kepada keluarganya. Anda bagaimana? Kadang-kadang kita nak simpan 30% daripada gaji sendiri pun susah. Habis dibelanja sana sini.
Dia pula sibuk tanya saya ada girlfriend ke? Saya tanya dia balik. Dia kata, kalau ada girlfriend, tentu sekali dia tak datang Malaysia. Tujuannya ke Malaysia hanya satu - mencari sebanyak mungkin wang untuk menyara keluarganya.
Saya fikir banyak yang rakyat Malaysia boleh pelajari daripada kisah-kisah pekerja asing di Malaysia. Semuanya menceritakan tentang nilai-nilai moral positif: berkorban, Kerja kuat, bersungguh-sungguh..
Kadang-kadang cerita-cerita sebegini membuatkan saya tertanya-tanya betapa maha ironisnya di kala pekerja-pekerja asing berduyun-duyun datang ke Malaysia, tapi rakyat kita sendiri ramai yang menganggur! Ketepikan seketika soal rakyat kita yang tak mahu bekerja di sektor 3D seperti disebut di atas, dan lihat dari perspektif makro.
Jangan tanya kenapa atau apa puncanya. Tapi tanya, kalau pekerja asing boleh bekerja bersungguh-sungguh, belajar bahasa asing dalam masa begitu singkat dan mampu berjimat sebegitu banyak, kenapa kita tak boleh?
Bukanlah niat saya ingin menyeru rakyat Malaysia menceburi sektor-sektor 3D, tetapi iktibar, moral dan semangat yang boleh dipelajari daripada para pekerja asing, yang mana kalau digunakan dan diaplikasikan, tentu sekali kita juga boleh berjaya dalam apa jua bidang sekalipun.
Nota: Mana-mana kritikan dan pandangan dalam blog ini turut ditujukan kepada diri sendiri sebagai peringatan dan pelajaran.Shahnonhttp://www.blogger.com/profile/07604662577521839553noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5854136409807748227.post-88090769638133374022010-03-25T21:44:00.013+08:002010-03-26T00:34:19.605+08:00Politik Baru dan Kepercayaan RakyatRingkasnya, politik baru adalah politik yang berorientasikan kekuatan informasi, kepelbagaian idea dan lontaran hujah.
Bak kata Perdana Menteri, era kerajaan tahu segalanya telah berakhir (The era of government knows best is over). Seperti mana buku tulisan pendokong kuat globalisasi Thomas Friedman, 'The World is Flat', sifat politik baru juga begitu.
Globalisasi tidak hanya tertumpu pada aspek ekonomi dan perdagangan semata-mata, tetapi juga melibatkan politik. Kita telah beralih ke zaman politik baru. Politik baru bermaksud pengurusan politik yang rata (flat).
Politik baru ini telah mengubah sistem politik lama daripada bersifat top-down atau multilevel kepada sistem yang rata. Dalam politik baru, suara dan pendapat pemimpin bawahan atau golongan minoriti diberi lebih perhatian.
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan politik baru? Politik baru adalah politik berorientasikan informasi. Politik baru adalah politik tentang idea. Politik baru adalah politik hujah. Politik baru adalah politik bottom-up dan bersifat dua hala. Politik baru adalah politik memberi harapan (hope), bukannya menjual ketakutan (fear).
Politik baru adalah perang idea dan hujah (Information Warfare). Dalam politik baru, hujah siapa yang lebih kuat, dia menang. Bukan sekadar hujah siapa semata-mata, tetapi hujah siapa yang lebih banyak, dia menang. Dalam politik baru, rakyat lebih bijak memilih informasi. Rakyat memilih dan menentukan sendiri apa yang hendak dipercaya dan apa yang tidak mahu dipercayai.
Dalam politik baru, isu atau persoalan pokoknya bukanlah di antara betul atau salah. Tetapi kebenaran siapa yang hendak dipercaya? (The question is not only 'is it true?' but 'whose truth is it?)
Sebagai contoh, pendokong-pendokong Reformasi akan tetap tidak percaya bahawa Pemimpin Agung mereka terlibat dalam skandal seks luar tabii, dalam pada masa sama mereka percaya bahawa Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan seorang model keturunan Mongol. Begitu jugalah sebaliknya dalam hal penyokong-penyokong parti pemerintah.
Politik baru juga adalah politik berasaskan teknologi. Makna kata, siapa yang lebih menggunakan teknologi (Internet dan media baru) maka merekalah yang lebih menonjol. Frasa 'menggunakan teknologi' di sini bukan bererti dengan hanya mewujudkan akaun Blog, Facebook atau Twitter semata-mata, tetapi apa yang penting adalah partisipasi atau penyertaan.
Ramai yang terlupa bahawa walau sehebat mana pun sesuatu teknologi itu, media sosial umpamanya, ianya tidak lebih hanyalah alat komunikasi baru. Manusialah yang harus memberi nafas dan menggerakkan alat tersebut bagi mencapai sebarang matlamat politik. Teknologi Internet boleh diibaratkan dengan keris Melayu atau pedang Samurai, yang tentu sekali tidak ada makna jika ianya digunakan oleh peninju kickboxer Amerika ataupun ahli gusti Russia.
Justeru, mana-mana ahli politik yang tidak tahu atau tidak kenal arus perubahan yang sedang bergerak ini, maka ketinggalanlah mereka. Ringkasnya, politik baru adalah politik yang berorientasikan kekuatan informasi, kepelbagaian idea dan lontaran hujah.
Seterusnya, jika kita berbicara tentang politik baru, tentu sekali ada politik lama. Apakah jenis dan bentuk politicking yang sudah ketinggalan?
Salah satu contoh politik lama yang masih diamalkan dan dipercayai oleh sesetengah pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional ialah mempercayai bahawa hanya dengan bekerja, memberi khidmat masyarakat kepada rakyat, maka rakyat akan kembali menyokong. Ini adalah pandangan politik lama.
Suka tidak suka, kalau buat kerja rakyat tak nampak, tiada guna. Suka tidak suka, politik baru adalah politik nasional. Politik tempatan adalah politik nasional. Maka, siapa saja yang bermimpi atau sedang memasang angan-angan untuk menjadi calon pilihanraya negeri atau parlimen, maka anda harus tahu isu-isu nasional. Menjadi wakil rakyat seharusnya menjadi ahli politik, maka fokus kerja haruslah lebih berat kepada politik (bukan politicking), bukannya sebagai aktivis masyarakat, pegawai sosial ataupun seperti aktivis NGO.
Namun demikian, walaupun telah disebut politik baru itu berorientasikan informasi, idea, hujah dan teknologi, tetapi "unsur-unsur lama" seperti persepsi dan sentimen masih penting. Malah lebih daripada itu, ianya adalah modal terpenting buat propagandis politik.
Nah, di sinilah letaknya peranan kekuatan informasi, kepelbagaian idea dan hujah, kerana tahap kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap sesuatu isu adalah bergantung kepada sejauh mana kuatnya idea dan hujah yang secara langsung atau tidak langsung membentuk dan mencorakkan persepsi masyarakat atau sentimen umum.
“Ya (akan ada yang akan keluar)... tolak kumpulan sosialis, tolak NGO, tolak kroni... anda kira sendiri, anda akan dapat jawapan,” kata beliau (Salehuddin Hashim) kepada wartawan. [baca lanjut]
Ok, bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat dah beri hint. Kalau apa beliau cakap tu betul, tak adalah susah sangat pun. Belia kata ada lebih kurang 10 orang akan lompat/keluar parti. Mari cari jawapannya.
Sekali lagi. Tolak sosialis, tolak NGO (dalam tv beliau sebut 'NGO liberal'), tolak kroni. Ini kemungkinan jawapannya. :D
Bakal Lompat?
Zulkifli Noordin - Kulim-Bandar Baharu
Azan Ismail - Indera Mahkota
Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri - Bagan Serai
Amran bin Ab Ghani - Tanah Merah
Ab Aziz Ab Kadir - Ketereh
Ahmad bin Kassim - Kuala Kedah
Rashid bin Din - Merbok
Zainal Abidin Ahmad - Hulu Selangor
Kamarul Bahrin Abbas - Teluk Kemang
Wee Choo Keong - Wangsa Maju
Dah lompat
Zahrain Hashim - Bayan Baru
Tan Tee Beng - Nibong Tebal
Baki Ahli Parlimen PKR
Anwar Ibrahim - Permatang Pauh
Azmin Ali - Gombak
Tian Chua - Batu
Fuziah Salleh - Kuantan
Saifuddin Nasution - Machang
Lee Boon Chye - Gopeng
Nurul Izzah - Lembah Pantai
Johari Abdul - Sungai Petani
Zuraida Kamaruddin - Ampang
Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kuala Langat
Loh Gwo-Burne - Kelana Jaya
N. Gobalakrishnan - Padang Serai
Hee Loy Sian - Petaling Jaya Selatan
Khalid Ibrahim - Bandar Tun Razak
S.Manikavasagam - Kapar
R. Sivarasa - Subang
Yusmadi Yusof - Balik Pulau
William Leong - Selayang
Mungkin berita lama ini boleh beri sedikit jawapan. Lihat nama-nama yang menyokong Zulkifli dalam isu pergaduhan beliau dengan Sivarasa.
Zul Nordin and Sivarasa slug it out despite Anwar’s warning
...Also at Parliament on Tuesday were seven PKR MPS who defended Zulkifli, also denying that he was amongst those targeted by party Anwar in his speech on Sunday.
Datuk Zahrain Mohd Hashim (PKR-Bayan Baru), Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Datuk Kamarul Bahrin Abbas (PKR-Teluk Kemang), Abdullah Sani Abd Hamid (PKR-Kuala Langat), Mohd Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau), Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) and Adb Aziz Abd Kadir (PKR-Ketereh) issued a joint press statement refuting a statement by party vice-president R. Sivarasa (PKR-Subang).
The PKR MPs said that Anwar had made a general statement that was not targeted at anyone specifically.
“We took the advice by Anwar in good faith. It is wrong and improper to link it to anyone specifically.
“It is uncalled for to accuse Zulkifli,” said Zahrain. [TheStar]
Gambar hiasan
Politik dunia hari ini berbicara, berhujah dan berdebat tentang hal ehwal ekonomi global, soal perdagangan antarabangsa, soal inflasi, soal iklim dunia, isu polisi kesihatan, isu kemiskinan dan sebagainya.
Politik Malaysia? Sedih sekali. Isu politik hampas. Isu politikus lompat parti yang tiada sebarang makna walau sezarah pun pada rakyat kebanyakan, yang nampaknya tiada kesudahan. Semua politikus ini bukanlah individu-individu penting. Malah tidak lebih daripada sekadar political rejects  saja, yang tak akan mampu memberi impak yang besar terhadap parti baru mereka mahupun parti lama. Mungkin sedikit kemenangan moral buat parti pemerintah.
Namun begitu, perkara ini bukanlah baru sangat pun sebenarnya. Suatu ketika dulu cerita lompat parti bukan main gah lagi dicanang ke hulu ke hilir oleh siapa lagi kalau bukan Ketua Umum sebuah parti pembangkang. Politik perang saraf dan politik bandwagon propaganda jadi senjata utama. 'Munitions of the mind', kata tajuk buku Profesor Dr. Phil Taylor.
Daya keterdesakan begitu hebat sehinggakan ketua strategis dan para propagandis parti sendiri sanggup temberang satu Malaya mati-mati, hidup-hidup dan bulat-bulat untuk berbulan-bulan lamanya sampailah pada malam sebelum tarikh keramat 'Hari Malaysia'. Bayangkan sehari sebelum "mimpi Putrajaya" pun masih boleh menipu lagi.
Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz sekadar jadi kerajaan 'Pak Turut' sajakah? Kenapa asyik menuruti saja tindakan negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain? Jarang-jarang atau hampir tak pernah kita dengar Nik Aziz muncul dengan idea-idea atau polisi-polisi baru untuk kerajaan negeri Kelantan.
Pertama, dulu apabila kerajaan Selangor mengharamkan kursus Biro Tata Negara (BTN) kepada kakitangan kerajaan dan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi Selangor, Nik Aziz pun turut serta menolaknya. Lihat Harakahdaily - Kelantan juga tolak BTN.
Baru-baru ini, apabila timbul berita bahawa kerajaan Pulau Pinang hendak membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul, yang mana telah pun dinafikan oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng; Nik Aziz pun turut mengikuti jejak langkah rakan seangkatan beliau dalam Pakatan Rakyat. Alasan beliau ialah tidak ada fadhilat bulan Maulud tidak sebagaimana bulan Ramadhan. (sumber: Tak Perlu Sambut Maulud - TGNA)
Betul, perarakan Maulidur Rasul hanyalah simbolik. Betul, yang sepatutnya lebih diutamakan ialah penekanan kepada isi atau substance. Perarakan hanyalah isu kecil. Fokus utama sepatutnya ditumpukan kepada program-program ilmiah untuk meningkatkan kesedaran sambil memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
Tetapi soalnya di sini ialah kenapa sejak dahulu lagi tidak dibatalkan saja sambutan Maulidur Rasul? Kenapa apabila timbul isu ini di Pulau Pinang, barulah Nik Aziz hendak beritahu bahawa tak perlu sambut Maulud. Kenapa selama ini bertahun-tahun sambutan Maulidur Rasul di Malaysia sama ada peringkat negeri atau nasional tak pernah disebut? Adakah ini sekadar kenyataan untuk menjaga hati rakan pembangkang?
"Bezanya, dulu yang mula-mula sekali menuduh Anwar ialah Mahathir, tapi kali ini 'mangsa' sendiri yang membuat tuduhan."
Kira-kira sebelas tahun dahulu, pada September 1998, ketika mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dan kemudiannya ditangkap oleh pihak polis, saya masih di tingkatan tiga. Saya masih ingat lagi waktu itu perkataan ‘liwat' secara tiba-tiba menjadi begitu popular.
Liwat
Di kelas saya, yang mana majoritinya adalah pelajar-pelajar bukan Melayu, ramai yang bertanyakan "apa benda liwat tu?" Maklumlah, bagi kebanyakan mereka, itulah pertama kali mereka mendengar dan membaca perkataan itu.
Oleh sebab murid-murid Melayu tidak begitu ramai, maka saya dan kawan-kawan Melayu yang lain menjadi tempat rujuk dan tempat bertanya. Saya tidak dapat mengingati apa jawapan saya ketika itu, tapi saya fikir jawapan yang saya berikan tentulah tidak lari jauh daripada maksud "hubungan lelaki sesama lelaki".
Ada juga rakan Melayu yang tak pernah dengar perkataan liwat waktu itu. Bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana kalau tidak silap saya di sekolah kebangsaan walau dalam matapelajaran Pendidikan Islam, tidak ada diajar perkara itu. Seperti kebanyakan murid-murid Melayu yang lain, majoriti daripada kami, semasa sekolah rendah, selain ke sekolah kebangsaan di waktu pagi/petang, kami turut ke sekolah agama (Sekolah Rendah Agama Darul Ehsan) di sebelah petang/pagi. Di sekolah agamalah saya mengenali perkataan liwat buat pertama kalinya.
Antara cerita yang masih saya tidak dapat lupakan sewaktu di sekolah agama ialah kisah seorang ustaz yang pernah dimarahi oleh seorang bapa murid perempuan dalam kelas saya, gara-gara ustaz tersebut mendefinasikan makna liwat secara langsung dan tidak berlapik! Hasilnya, murid perempuan tersebut, apabila pulang ke rumah langsung memberitahu bapanya bahawa ustaz tersebut "mencarut" di dalam kelas. Ha Ha! Tapi bagi murid-murid lelaki yang lain, perkara tersebut tidak memberi apa-apa kesan. Malah, ada pula yang ketawa - kerana ustaz "mencarut". Ha Ha..
Reformasi
Berbalik kepada pasca Reformasi 1998. Bertitik tolak daripada itu, hampir setiap hari perkataan liwat disebut dan dipersenda. Tidak kurang juga, nama mantan Perdana Menteri tersebut turut dipersenda. Terma-terma baru seperti, me-Anwarkan dan lain-lain, yang saya pun dah lupa muncul.
Antara kesan-kesan langsung yang lain akibat Reformasi di sekolah saya yang saya ingat ialah, pintu pagar sekolah kami pernah diconteng (vandalised) dengan perkataan-perkataan "Reformasi" dan sewaktu dengannya. Saya masih ingat lagi betapa marahnya pengetua sekolah semasa perhimpunan. Antara kata-kata beliau dalam ucapan paginya, "kalau nak sangat berpolitik, tunggu lepas habis sekolah, politiklah puas-puas".
Seterusnya, impak dan kesan Reformasi adalah amat jelas dirasai sampai ke dalam bilik darjah. Seolah-olah seperti wujud satu garisan baru telah diwujudkan di kalangan rakan-rakan yang mempunyai kesedaran politik. Sama ada anda orang Anwar atau orang Mahathir. Tidak ada jalan tengah. Buat pertama kalinya, hubungan persahabatan digariskan secara politik. Sama ada kau orang Anwar atau orang Mahathir. Walaupun waktu itu kami masih berkawan, tetapi tentu sekali ianya tidak sama seperti sebelumnya. Masing-masing cuba "menegakkan kebenaran", "menentang kezaliman". Apa yang pasti, saya percaya pandangan politik rakan-rakan, termasuk saya, sebenarnya hanyalah cerminan pandangan politik ibubapa kami. Kalau ibubapa kami cenderung pro-Anwar, maka anak-anaknya pun ikut sama, kalau cenderung pro-Mahathir, maka pro-Mahathirlah anak-anaknya.
Sosio-Politik
Kesan sosio-politik daripada pemecatan Anwar Ibrahim memang hebat. Saya percaya saya tidak keseorangan. Impaknya dirasai oleh kebanyakan teman-teman. Ramai di kalangan kawan-kawan yang sebelumnya tidak begitu peduli tentang hal politik dan negara, terus berubah. Timbul kesedaran politik nasional yang jelas waktu itu.
Pelekat-pelekat kereta berwajahkan Anwar Ibrahim dan logo-logo parti pembangkang makin banyak kelihatan. Kaset-kaset dan video ceramah PAS termasuk kaset Dr. Haron Din dan pemimpin-pemimpin gerakan Reformasi makin berleluasa, terutama sekali pada waktu solat Jumaat. Ketika itu adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa memiliki video ceramah Anwar Ibrahim. Saya juga pernah menonton salah satu video tersebut, secara haram. Zaman itu adalah zaman sebelum Youtube, Facebook dan Twitter, di mana pihak kerajaan masih berkuasa untuk menangkap sesiapa yang mempunyai atau menyimpan video haram tersebut
Di Subang Jaya tidak kurang hebat juga, khutbah Jumaatnya kadang-kadang diselitkan tema-tema politik pembangkang. Pernah di suatu Jumaat, sebelum khatib memberikan khutbah, sempat juga dia menyeru untuk "undilah Barisan Alternatif". Di Subang Jaya juga, antara kesan penting daripada pemecatan Anwar ialah penubuhan PAS cawangan Subang Jaya. Di kalangan parti-parti politik pembangkang, PASlah yang mendapat keuntungan paling besar semasa pilihanraya ke-10 tahun 1999, akibat daripada pemecatan Anwar.
Di pihak UMNO, antara isu yang sering dijaja ialah petikan kenyataan pemimpin PAS, Mat Sabu dalam sebuah majalah (ketika itu Anwar masih Timbalan PM), yang mana beliau melabel Anwar sebagai "al-Juburi" di dalam sebuah temubual majalah, ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.
Demonstrasi jalanan - yang dilihat di kaca televisyen - menjadi suatu trend baru. Seingat saya, itulah pertama kali saya melihat demonstrasi jalanan di Malaysia. Walaupun Anwar bukan idola saya, tapi apa yang pasti, Anwar tetap mempunyai aura dan tarikan tersendiri. Kalau tidak, masakan ribuan demonstran, terutama anak-anak muda sanggup turun ke jalanan.
Sastera Politik
Satu lagi kesan penting pemecatan Anwar dan gerakan Reformasi ialah terbitnya banyak buku-buku politik pop yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Antara penulis-penulis yang popular adalah seperti Mohd. Sayuti Omar, Lutfi Othman, Syed Hussein Al-Attas atau Pak Habib dan lain-lain lagi. Lantaran daripada itu saya terus menjadi peminat Syed Hussein Alatas atau lebih dikenali sebagai Pak Habib. Buku-buku beliau nyata laris.
Tapi sejak beberapa tahun selepas itu, dengan wujudnya media-media alternatif dan blog, pembacaan saya lebih terbuka, dan saya melihat buku-buku Pak Habib tidak lebih seperti buku-buku Ahadiat Akashah - tetapi versi politik. Bercakap soal buku politik pop, tentu sekali novel paling panas ialah novel Shahnon Ahmad - Shit. Sehinggakan novel tersebut dicetak rompak berkali-kali. Ketika itu pendirian saya jelas. Walaupun berkongsi nama dengan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, namun saya kecewa sastera Melayu diselitkan perkataan lucah.
Akhir kalam, peristiwa sebelas tahun dulu yang mana telah meletakkan batu asas kepada keputusan pilihanraya bersejarah 8 Mac 2008, kini berulang semula pada bulan Februari 2010. Bezanya dulu yang mula-mula sekali menuduh Anwar ialah Mahathir, tapi kali ini "mangsa" sendiri yang membuat tuduhan. Sama ada benar atau tidak, sama ada skrip akhirnya sama atau tidak, sama-sama nantikan.
Nota kaki: Ketika blog ini ditulis Dato' Seri Anwar Ibrahim sekali lagi berhadapan dengan tuduhan liwat kedua, yang mana beliau berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika bersalah.
Artikel blog ini telah diterbitkan buat pertama kali di laman portal Klik4Malaysia.com pada 8 Februari 2010.Shahnonhttp://www.blogger.com/profile/07604662577521839553noreply@blogger.com2