Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Contact

Monday, February 15, 2010

 

Nik Aziz dan Maulidur Rasul


Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz sekadar jadi kerajaan 'Pak Turut' sajakah? Kenapa asyik menuruti saja tindakan negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain? Jarang-jarang atau hampir tak pernah kita dengar Nik Aziz muncul dengan idea-idea atau polisi-polisi baru untuk kerajaan negeri Kelantan.

Pertama, dulu apabila kerajaan Selangor mengharamkan kursus Biro Tata Negara (BTN) kepada kakitangan kerajaan dan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi Selangor, Nik Aziz pun turut serta menolaknya. Lihat Harakahdaily - Kelantan juga tolak BTN.

Baru-baru ini, apabila timbul berita bahawa kerajaan Pulau Pinang hendak membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul, yang mana telah pun dinafikan oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng; Nik Aziz pun turut mengikuti jejak langkah rakan seangkatan beliau dalam Pakatan Rakyat. Alasan beliau ialah tidak ada fadhilat bulan Maulud tidak sebagaimana bulan Ramadhan. (sumber: Tak Perlu Sambut Maulud - TGNA)

Betul, perarakan Maulidur Rasul hanyalah simbolik. Betul, yang sepatutnya lebih diutamakan ialah penekanan kepada isi atau substance. Perarakan hanyalah isu kecil. Fokus utama sepatutnya ditumpukan kepada program-program ilmiah untuk meningkatkan kesedaran sambil memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

Tetapi soalnya di sini ialah kenapa sejak dahulu lagi tidak dibatalkan saja sambutan Maulidur Rasul? Kenapa apabila timbul isu ini di Pulau Pinang, barulah Nik Aziz hendak beritahu bahawa tak perlu sambut Maulud. Kenapa selama ini bertahun-tahun sambutan Maulidur Rasul di Malaysia sama ada peringkat negeri atau nasional tak pernah disebut? Adakah ini sekadar kenyataan untuk menjaga hati rakan pembangkang?

Buat parti-parti politik dalam kerajaan mahupun pembangkang tak perlulah segala isu hendak dipolitikkan. Janganlah pula sampai hal sambutan Maulidur Rasul pun hendak dipolitikkan, sampai kita lupa niat dan tujuan sebenar sambutan Maulidur Rasul.

Labels: ,


Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

Archives

February 2010   March 2010   May 2010   August 2010   September 2010   November 2010   October 2011   September 2012   May 2013   June 2013   April 2015   November 2015  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009