Shahnon.com
Home | About | Blog | Bahasa Melayu | Archives | Academic | Pictures | Store | Contact

Monday, March 1, 2010

 

Politik oh Politik


Gambar hiasan

Politik dunia hari ini berbicara, berhujah dan berdebat tentang hal ehwal ekonomi global, soal perdagangan antarabangsa, soal inflasi, soal iklim dunia, isu polisi kesihatan, isu kemiskinan dan sebagainya.

Politik Malaysia? Sedih sekali. Isu politik hampas. Isu politikus lompat parti yang tiada sebarang makna walau sezarah pun pada rakyat kebanyakan, yang nampaknya tiada kesudahan. Semua politikus ini bukanlah individu-individu penting. Malah tidak lebih daripada sekadar political rejects saja, yang tak akan mampu memberi impak yang besar terhadap parti baru mereka mahupun parti lama. Mungkin sedikit kemenangan moral buat parti pemerintah.

Namun begitu, perkara ini bukanlah baru sangat pun sebenarnya. Suatu ketika dulu cerita lompat parti bukan main gah lagi dicanang ke hulu ke hilir oleh siapa lagi kalau bukan Ketua Umum sebuah parti pembangkang. Politik perang saraf dan politik bandwagon propaganda jadi senjata utama. 'Munitions of the mind', kata tajuk buku Profesor Dr. Phil Taylor.

Daya keterdesakan begitu hebat sehinggakan ketua strategis dan para propagandis parti sendiri sanggup temberang satu Malaya mati-mati, hidup-hidup dan bulat-bulat untuk berbulan-bulan lamanya sampailah pada malam sebelum tarikh keramat 'Hari Malaysia'. Bayangkan sehari sebelum "mimpi Putrajaya" pun masih boleh menipu lagi.

Hari ini, kira-kira 15 bulan selepas "tarikh keramat" tersebut, apakah mungkin senjata telah makan tuan?

Labels: ,


Comments: Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

Archives

February 2010   March 2010   May 2010   August 2010   September 2010   November 2010   October 2011   September 2012   May 2013   June 2013   April 2015   November 2015  

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]

 

 

 

 
shahnon.com © 2002 - 2009